About Me

My photo
Selamat datang ke blog ini. Diharapkan segala maklumat yang dipaparkan memuaskan hati anda.Saya akan sentiasa memuatkan maklumat, gambar, aktiviti terkini mengenai aktiviti Agro-industri Rumianan dan juga maklumat berkenaan dengan ternakan ruminan yang dipelajari di Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja, Rembau, Negeri Sembilan.

Thursday, June 20, 2013

Tugasan Harian: Melaksanakan Modul Pengurusan Pembiakan Ternakan.

Bagi modul Gar 202, Pelajar telah didedahkan dengan cara mengesan ternakan yang biang. Biang merupakan ternakan yang mempunyai keinginan dan sedia untuk dikahwini. Bagi modul ini, pelajar perlu melakukan lebih pemerhatian terhadap ternakan bagi mengesan biang yang ditunjukkan oleh ternakan tersebut. Sebelum pelajar melakukan pemerhatian, pelajar akan diberi pendedahan awal terhadap tanda-tanda biang yang ditunjukkan oleh ternakan. Selain itu, pelajar perlu mempelajari peralatan-peralatan yang perlu dipasang atau digunakan bagi membantu mengesan ternakan yang biang. Pada Minggu lalu, pelajar KVDLM telah diajar kaedah pemasangan alatan membantu mengesan ternakan biang iaitu Chin Ball.
Pemasangan Chin Ball pada ternakan

Pelajar membantu dalam pemasangan chin ball

Cg. Cheh menunjuk cara pemasangan Chin ball
Chin Ball yang siap dipasang pada ternakan


No comments:

Post a Comment