About Me
- Unit Agro Industri Ruminan Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja, Rembau, Negeri Sembilan.
- Selamat datang ke blog ini. Diharapkan segala maklumat yang dipaparkan memuaskan hati anda.Saya akan sentiasa memuatkan maklumat, gambar, aktiviti terkini mengenai aktiviti Agro-industri Rumianan dan juga maklumat berkenaan dengan ternakan ruminan yang dipelajari di Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja, Rembau, Negeri Sembilan.
Saturday, February 18, 2012
"Penternakan Lembu Fidlot" bermaksud memelihara lembu secara
intensif dalam kandang/kurungan untuk tujuan pengeluaran lembu
daging melalui peningkatan berat badan dengan memberi
makanan yang bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang
secukupnya dalam tempoh yang tertentu.
Perlu diperhatikan bukan semua peningkatan berat badan lembu
fidlot boleh disamakan dengan pengemukkan. Pengemukan atau
peningkatan utama berat badan yang disebabkan deposisi lemak
(fat deposition) hanya berlaku pada peringkat umur tertentu dan
berkait rapat dengan baka dan formulasi makanan yang
diberikan. Sebagai contoh, peningkatan berat badan lembu
tempatan (baka KK) yang di fidlot antara umur 12 hingga 16 bulan
terdiri daripada peningkatan berat tulang dan daging sahaja.
Deposisi lemak adalah terlalu kecil.
Apa yang penting dan perlu diingat ialah bidangusaha fidlot ini
hanya untuk memenuhi permintaan sesuatu pasaran terhadap
daging lembu dengan mengembeling segala sumber yang
terdapat di lokasi berkenaan secara optimum untuk mendapat
keuntungan yang maksimum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment