About Me

My photo
Selamat datang ke blog ini. Diharapkan segala maklumat yang dipaparkan memuaskan hati anda.Saya akan sentiasa memuatkan maklumat, gambar, aktiviti terkini mengenai aktiviti Agro-industri Rumianan dan juga maklumat berkenaan dengan ternakan ruminan yang dipelajari di Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja, Rembau, Negeri Sembilan.

Tuesday, March 12, 2013

Aktiviti Pelajar Tahun 1 Agro industri Ruminan 2013 di Ladang ABI Ventures Sdn. Bhd, Rembau, Negeri Sembilan.

Pada tahun 2013 ini, Pelajar-pelajar Agro Industri Ruminan di KVDLM telah diberi peluang melakukan kerja amali di Ladang ABI Ventures semasa sesi Pengajaran dan pembelajaran mereka. Di ladang tersebut pelajar-pelajar telah melakukan pelbagai aktiviti yang melibatkan pengurusan ternakan ruminan, pengurusan ladang ternakan dan pengurusan makanan ternakan. Pelajar juga didedahkan dengan situasi kerja sebenar bagi kerja seorang pekerja ladang ternakan.Pihak Ladang juga memberi peluang kepada pelajar mempelajari teknik baru dalam proses penanaman rumput. Dengan keadaan landang yang besar dan bantuan dari pekerja landang membolehkan pelajar  menimba pelbagai maklumat baru dan tambahan dalam mempelajari kursus agro industri ruminan ini. Disini saya dapat kongsikan sedikit gambar aktiviti pelajar semasa berada di Ladang ABI Ventures.
Kerja-kerja Pembersihan ladang
Penberian Makanan dan Minuman Kepada Ternakan
Menbuang daun pada batang benih Napier Taiwan

Pada 12 Mac 2013, Pelajar-pelajar telah diajar dan diberi tunjuk cara oleh pegawai Veterinar Rembau dalam proses mengambil sempel darah ternakan untuk mengetahui status kesihatan ternakan tersebut. Disini pelajar dapat melihat sendiri bagaiman ternakan diasingkan, dikekang dan ternakan diambil sempel darah.
Pegawai Veterinar Sedang Mengambil Sempel Darah Ternakan Lembu

Salah Seorang Pelajar yang Dibantu oleh Pegawai Veterinar Mengambil Sempel Darah Ternakan Lembu



No comments:

Post a Comment