About Me

My photo
Selamat datang ke blog ini. Diharapkan segala maklumat yang dipaparkan memuaskan hati anda.Saya akan sentiasa memuatkan maklumat, gambar, aktiviti terkini mengenai aktiviti Agro-industri Rumianan dan juga maklumat berkenaan dengan ternakan ruminan yang dipelajari di Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja, Rembau, Negeri Sembilan.

Thursday, February 16, 2012

Ternakan lembu pedaging di Malaysia menjanjikan pulangan yang tinggi kepada pelabur kerana penggunaan daging lembu negara semakin meningkat, manakala bekalan masih tidak mencukupi. Sektor ini juga mendapat pelbagai sokongan institusi seperti perkhidmatan veterinar yang padu, industri pemprosesan yang kukuh, serta kemudahan perkhidmatan proses penyembelihan, dan bekalan bahan makanan lembu yang mudah didapati. Populasi lembu pedaging di Malaysia sehingga tahun 2000 ialah 875,934 ekor. Sebanyak 90% daripada jumlah ini diternak secara tradisional. Pertumbuhan tahunan bagi bilangan ini ialah 2% setahun daripada tahun 1994 hingga 2000.

No comments:

Post a Comment