About Me

My photo
Selamat datang ke blog ini. Diharapkan segala maklumat yang dipaparkan memuaskan hati anda.Saya akan sentiasa memuatkan maklumat, gambar, aktiviti terkini mengenai aktiviti Agro-industri Rumianan dan juga maklumat berkenaan dengan ternakan ruminan yang dipelajari di Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja, Rembau, Negeri Sembilan.

Thursday, June 20, 2013

Tugasan Harian: Melaksanakan Modul Pengurusan Pembiakan Ternakan.

Bagi modul Gar 202, Pelajar telah didedahkan dengan cara mengesan ternakan yang biang. Biang merupakan ternakan yang mempunyai keinginan dan sedia untuk dikahwini. Bagi modul ini, pelajar perlu melakukan lebih pemerhatian terhadap ternakan bagi mengesan biang yang ditunjukkan oleh ternakan tersebut. Sebelum pelajar melakukan pemerhatian, pelajar akan diberi pendedahan awal terhadap tanda-tanda biang yang ditunjukkan oleh ternakan. Selain itu, pelajar perlu mempelajari peralatan-peralatan yang perlu dipasang atau digunakan bagi membantu mengesan ternakan yang biang. Pada Minggu lalu, pelajar KVDLM telah diajar kaedah pemasangan alatan membantu mengesan ternakan biang iaitu Chin Ball.
Pemasangan Chin Ball pada ternakan

Pelajar membantu dalam pemasangan chin ball

Cg. Cheh menunjuk cara pemasangan Chin ball
Chin Ball yang siap dipasang pada ternakan


Aktiviti Harian Kursus Agroindustri Ruminan: Melakukan Rawatan Kecil

Bagi Modul 201, pelajar didedahkan dengan asas rawatan luka kecil pada ternakan. Pelajar juga perlu memahami jenis luka yang ada pada ternakan tersebut. Selain itu juga, pelajar turut mengetahui jenis-jenis ubat dan peralatan yang diperlukan semasa kerja merawat luka dilakukan. Pada permulaan semester 2 ini, pelajar-pelajar KVDLM bagi kursus agroindustri ruminan 2013 telah di perkenalkan dengan perkara asas berkenaan teknik yang betul bagi merawat luka kecil kepada ternakan. Sebelum teknik rawatan dilakukan, pelajar diberi pendedahan awal berkenaan alatan dan bahan yang perlu digunakan dengan cara yang betul.
Cikgu Cheh menunjukkan cara melakukan rawatan luka kecil pada ternakan

Krim Acriflavin disapu pada luka yang telah dibersihkan
Ubat fly Repelent di sembur pada luka


Pelajar turu diberi peluang melakukan rawatan luka