About Me

My photo
Selamat datang ke blog ini. Diharapkan segala maklumat yang dipaparkan memuaskan hati anda.Saya akan sentiasa memuatkan maklumat, gambar, aktiviti terkini mengenai aktiviti Agro-industri Rumianan dan juga maklumat berkenaan dengan ternakan ruminan yang dipelajari di Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja, Rembau, Negeri Sembilan.

Thursday, March 21, 2013

Lawatan Ke Institut Veterinar Kluang, Johor Pada 14 Mac 2013

Bergambar di hadapan pintu masuk Institut Veterinar Kluang, Johor.

KLUANG- Pelajar Tahun 1 bagi Kursus Agroindustri Ruminan KVDLM telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Institut Veterinar Kluang (IVM) pada 14 Mac 2013. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang situasi dan gambaran awal kepada pelajar tentang bidang Kursus Agroindustri Rumianan ini.

En. Zain yang sedang memberikan taklimat di tempat pemerah susu kepada pelajar
 Pelajar di dedahkan dengan situasi ladang ternakan, tempat pemerahan susu, teknik pengurusan kandang dan ternakan serta pengurusan makanan dan minuman ternakan. Ketika lawatan ini, kami telah dibantu oleh pegawai dari pihak Institut Veterinar iaitu En Zain yang mana banyak memberi penerangan berkenaan dengan haiwan ternakan yang ada di IVM, Kluang. Di IVM ini, kami telah dibawa melawat Unit Pemerahan Susu, Unit kambing dan Bebiri, Unit Arnab, Unit Rusa dan Unit ternakan pedaging.


Penerangan daripada Pegawai IVM berkenaan dengan Flow Digram Pemerahan Susu
En Zain sedang memberi penerangan tentang jumlah pemakanan yang sesuai bagi lembu tenusu
                 Kami juga dibawa oleh En Zain melawat ke Unit Arnab yang turut ada di IVM

Lawatan ke Unit  Kambing dan Biri-biri

Pelajar IVM sedang melakukan aktiviti Mengekang Lembu bagi melakukan rawatan

Lembu diberi makan yang cukup untuk memastikan pembesaran yang seimbang
Penyampaian cenderamata dari wakil pelajar tahun 1 Agroindustri Rumianan kepada En. Zain

2 comments:

  1. nk bawak student gi sini..tepon2 x angkat..mana la pegi staf2 Ins. Vet Kluang nih...

    ReplyDelete
  2. sy mintak bantuan dari mane2 pehak sy ingin mengambil kurusus ternak kan arnab pedaging sy x tahu lg mn tmpt sy nk tuju pls kalau ade boleh cll sy 0187946431

    ReplyDelete